Khamis, 16 Jun 2016

PERATURAN



TASKA & PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
   MUTIARA QASEH







FALSAFAH KURIKULUM PERMATA NEGARA



“Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik bagi mengembangkan sahsiah, pontensi dan kecerdasan mereka agar dapat menguasai kemahiran berkomunikasi, awal literasi, awal matematik, pemikiran logik dan pengetahuan asas tentang dunia persekitaran, disamping kemahiran mengurus diri dan amalan nilai-nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah mulia, berdikari, berintelek tinggi, patriotik, dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa. Usaha ini memerlukan komitmen dan kolabirasi antara pendidik, ibu bapa dan komuniti, kerana setiap kanak-kanak umpama PERMATA yang tidak ternilai harganya”




MAKSUD DISIPLIN

²  Kesanggupan ibubapa / penjaga anak-anak untuk menghormati dan mematuhi undang-undang di TASKA & PUSAT JAGAAN ini dengan kerelaan dirinya sendiri.

²  Anak-anak dapat membuat sesuatu kerja dengan tertib dan menghormati rakan-rakan yang lain.

²  Anak-anak dapat mengamalkan tingkah laku yang baik serta menghormati dan mempunyai semangat tolong menolong.



MATLAMAT DISPLIN

²  Untuk melahirkan anak-anak yang bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri, rakan sebaya, keluarga di TASKA & PUSAT JAGAAN ini.

²  Untuk menanam dan memupuk sifat-sifat mulia dalam diri anak-anak.

²  Untuk mewujudkan suasana tenteram dan teratur di TASKA & PUSAT JAGAAN ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna.



PENTINGNYA PERATURAN TASKA & PUSAT JAGAAN

²  Supaya anak-anak sentiasa mengamalkan disiplin sebagaimana yang diharapkan oleh guru-guru, ibubapa / penjaga masyarakat dan agama.

²  Membiasakan dirinya mematuhi segala peraturan- peraturan yang baik dan berguna.

²  Peraturan TASKA & PUSAT JAGAAN ini adalah untuk kebaikan demi kejayaan anak-anak.


  

A. PROGRAM TASKA & PUSAT JAGAAN

²  Pihak TASKA & PUSAT JAGAAN (pihak pengurusan) telah merancang perbagai program dan aktiviti untuk kanak-kanak dan ibubapa / penjaga sepanjang tahun ini. Penglibatan ibubapa / penjaga adalah amat penting dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan demi bersama-sama membina kecemerlangan kanak-kanak dan mencapai misi serta objektif aktiviti yang dianjurkan.

²  Maklumat lanjut tentang program dan aktiviti TASKA & PUSAT JAGAAN akan dimaklumkan dari masa ke semasa.



B. WAKTU PENJAGAAN KANAK-KANAK DI TASKA &  PUSAT JAGAAN
  
²  Waktu penjagaan kanak-kanak pada hari AHAD sehingga KHAMIS bagi kakitangan KERAJAAN. Manakala pada hari ISNIN sehingga JUMAAT bagi kakitangan SWASTA adalah bermula dari jam 7.00 am hingga 6.00 pm. Dan waktu penjagaan pada hari SABTU pula adalah bermula jam 7.00 am hingga 2.00 pm.

²  Tiada penjagaan pada hari CUTI AM yang digazetkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri johor.



C. WAKTU PENGAMBILAN KANAK-KANAK DI TASKA & PUSAT JAGAAN

²  Ibubapa / penjaga sahaja yang berhak mengambil kanak-kanak tersebut mengikut waktu yang ditetapkan.

²  Jika ibubapa / penjaga TIDAK DAPAT mengambil kanak-kanak tersebut, sila maklumakan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sekiranya ada orang lain yang akan mengambil kanak-kanak tersebut, berikan butiran seperti HUBUNGAN, NAMA, JENIS KERETA dan NO PLAT KERETA.

²  Ibubapa / penjaga diminta memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan sekiranya ingin mengambil kanak-kanak AWAL atau pun LEWAT dari biasa.

²  Jika terdapat ibubapa / penjaga yang BERPISAH, hak pengambilan anak bergantung kepada hak penjagaan kanak-kanak tersebut



D.    YURAN PEMBELANJARAN DAN PENJAGAAN DITASKA   
        & PUSAT JAGAAN                 

²  Semua kadar yuran pendaftaran, bulanan, tahunan dan kos aktiviti + bukulog yang ditetapkan ini sah sehingga 31hb disember 2016 sahaja. Manakala selepas tarikh tersebut pihak pengurusan berhak membuat perubahan kadar bayarannya mengikut kesesuaian yang difikirkan perlu.

²  Yuran Tahunan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN, jika pihak Tuan/puan telah MENAMATKAN perkhimatan di TASKA & PUSAT JAGAAN.

²  Semua yuran pendaftaran, tahunan dan yuran bulanan hendaklah dibayar secara teratur seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Dimana ibubapa / penjaga hendaklah menjelaskan yuran bulanan sebelum 05hb pada bulan tersebut.

#  Contohnya: Yuran Bulan Februari, hendaklah dibayar sebelum 05hb Februari dan bukanya pada 25hb Februari atau pada 03hb Mac.

²  Yuran bulanan bagi TASKA & PUSAT JAGAAN adalah selama 12 bulan iaitu JANUARI hingga DISEMBER.

²  Yuran perlu dibayar bersama-sama kad yuran bulanan yang disediakan oleh pihak TASKA & PUSAT JAGAAN, sekiranya kad yuran tersebut HILANG, maka bayaran sebanyak RM 5.00 akan dikenakan.

²  Yuran bulanan TASKA & PUSAT JAGAAN hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran kanak-kanak tidak penuh pada bulan tersebut.

²  Cuti sebulan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 100.00 sekiranya kanak-kanak tersebut tidak hadir ke TASKA & PUSAT JAGAAN dalam tempoh cuti.

²  Yuran harian akan dikenakan bagi kanak-kanak yang hadir ke TASKA & PUSAT JAGAAN kurang dari seminggu dalam tempoh cuti sebulan.



E.  BAYARAN LEBIH MASA TASKA



²  Bagi penjagaan di TASKA & PUSAT JAGAAN, ibubapa / penjaga perlu membuat bayaran lebih masa sebanyak RM 6.00 sejam sekiranya kanak-kanak diambil selepas waktu penjagaan TASKA & PUSAT JAGAAN yang ditetapkan.



# Contoh: ayah danial mengambil danial pada jam 6.40 pm pada hari isnin. Ayah danial dikehendaki membuat bayaran lebih masa sebanyak RM 6.00 kepada pihak TASKA.



²  Bayaran lebih masa DUA KALI GANDA akan dikenakan kepada kakitangan kerajaan atau pun swasta yang hadir pada hari cuti mereka.

# Contohnya: Ahmad datang ke taska pada hari JUMAAT (hari cuti kakitangan kerajaan), maka bayaran lebih masa 2 KALI GANDA akan dikenakan. Begitu juga bagi kakitangan swasta yang hadir pada hari AHAD (Hari cuti kakitangan swasta).


 
F.  PERALATAN KANAK-KANAK KE TASKA & PUSAT JAGAAN

    
²  Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai barang kemas atau barang-barang berharga yang lain ke TASKA & PUSAT JAGAAN. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang kemas atau barang yang berharga itu hilang sepanjang mereka berada di TASKA & PUSAT JAGAAN.

²  Semua pakaian atau peralatan kanak-kanak hendaklah ditulis nama atau diletak tanda nama pada pakaian dan peralatan tersebut bagi mengelakkan pertukaran dengan kanka-kanak lain.

²  Sekirannya ada pakaian atau peralatan kanak-kanak yang tertinggal di TASKA & PUSAT JAGAAN, ibubapa dinasihatkan membuat pertanyaan segera kepada pihak pengurusan kerana pakaian atau peralatan yang tidak dituntut / tidak diambil selepas TIGA bulan akan dilupuskan oleh pihak pengurusan.

²  Peralatan kanak-kanak seperti berus gigi, sabun mandi, tuala dan pakaian hendaklah dibawa oleh ibubapa / penjaga. Semua pakaian atau peralatan hendaklah ditulis nama atau diletak tandanama pada pakaian dan peralatan tersebut bagi mengelakkan pertukaran dengan kanak-kanak yang lain.
 

²  Untuk kemudahan kanak-kanak menyimpan pakaian dan peralatan mereka di TASKA & PUSAT JAGAAN, pihak pengurusan ada menyediakan loker bagi setiap kanak-kanak. Ibubapa / penjaga boleh membawa pakaian kanak-kanak bagi tempoh seminggu dan menyimpannya di TASKA & PUSAT JAGAAN. Walaubagaimanapun pakaian kotor hendaklah dibawa pulang setiap hari dan tuala mandi kanak-kanak hendaklah dibawa pulang pada hujung minggu untuk dibersihkan.



 G.    LAWATAN IBUBAPA / PENJAGA KE TASKA

²  Ibubapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu sekiranya ingin melawat kanak-kanak ketika mereka berada di TASKA & PUSAT JAGAAN. Ibubapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN memasuki premis TASKA & PUSAT JAGAAN tanpa kebenaran pihak pengurusan terlebih dahulu. Ini adalah untuk menjamin keselamatan kanak-kanak lain serta tidak mengganggu tugas pengasuh dan aktiviti harian TASKA & PUSAT JAGAAN.



H.    KESIHATAN

²  Ibubapa / penjaga kanak-kanak hendaklah memastikan bahawa
  kanak-kanak dalam keadaan sihat ketika hadir ke TASKA &   PUSAT JAGAAN.

²  Kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit seperti  deman campak, sakit mata, gegatal, chicken pox, sakit kaki, tangan, dan mulut(HFMD) dan sebagainya TIDAK DIBENARKAN hadir ke TASKA & PUSAT JAGAAN bagi mengelakkan daripada dijangkiti oleh kanak-kanak yang lain.

²  Kanak-kanak yang mengalami deman ringan, selesema dan sakit ringan yang tidak berjangkit juga TIDAK DIGALAKKAN hadir ke TASKA & PUSAT JAGAAN.

²  Sekiranya ibubapa / penjaga ingin menghantar semula kanak-kanak ke TASKA & PUSAT JAGAAN, diminta ibubapa mendapatkan SURAT PENGESAHAN dari DOKTOR bahawa kanak-kanak tersebut bebas daripada penyakit tersebut.

²  Ibubapa / penjaga perlu hadir ke TASKA & PUSAT JAGAAN dengan kadar segera, sekiranya dimaklumkan oleh pengasuh mengenali keadaan kanak-kanak tersebut.


²  Jika ibubapa / penjaga TIDAK DAPAT DIHUBUNGI pihak pengurusan akan membawa kanak-kanak tersebut di klinik yang berdekatan.

²  Pihak pengurusan TIDAK BOLEH dipertanggungjawabkan untuk memberi ubat kepada kanak-kanak sekiranya diarah berbuat demikian oleh ibubapa/ penjaga. Ini adalah bagi mengelakkan kesilapan memberi ubat.


I.       PAKAIAN

²  Kanak-kanak dikehendaki memakai pakaian bersih dan kemas seperti yang ditetapkan oleh pihak TASKA & PUSAT JAGAAN.



J.  PENGANGKUTAN / BAS SEKOLAH

²  Ibubapa / penjaga yang memerlukan pengangkutan untuk kanak-kanak boleh berhubung terus dengan pihak berkenaan dan hendaklah memaklumkan kepada pihak pengurusan. syarikat bas dan orang yang dibenar untuk mengambil kanak-kanak tersebut.

²  Segala bayaran dan urusan perkhidmatan pengangkutan adalah diluar tanggungjawab pihak pengurusan. Ibubapa / penjaga diminta berhubung sendiri dengan syarikat bas tersebut sekiranya ada sebarang pertanyaan.



K.  TATATERTIB DAN KESOPANAN

²  Kanak-kanak dilarang memakai barang kemas atau barang berharga. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya barang kemas atau barang berharga tersebut hilang di TASKA & PUSAT JAGAAN.

²  Kanak-kanak dilarang membawa sebarang alat-alat mainan dan barang yang membahaya ke TASKA & PUSAT JAGAAN.

²  Kanak-kanak lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek dan kemas. Manakala kanak-kanak perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas rambutnya terutama semasa menjalankan aktiviti sukan.

²  Segala peralatan dan buku-buku kepunyaan TASKA TIDAK DIBENARKAN dibawa pulang oleh kanak-kanak tanpa kebenaran terlebih dahulu.


²   Untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak tidak terganggu, ibubapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN berada di TASKA & PUSAT JAGAAN ini semasa sesi pembelajaran dijalankan tanpa mendapat keizinan daripada pihak pengurusan terlebih dahulu.

²   DILARANG masuk ke dalam pejabat tanpa kebenaran penyelia terlebih dahulu.



L.    INSURAN KEMALANGAN

²  Semua kanak-kanak diwajibkan mengambil Takaful Perlindungan Kemalangan yang disediakan oleh pihak pengurusan

²  Ibubapa / penjaga kanak-kanak hendaklah menyerahkan salinan fotostat surat beranak kanak-kanak kepada pihak pengurusan untuk membolehkan pihak pengurusan membuat pendaftaran Takaful secepat mungkin.



N.    LAIN-LAIN

²  Pihak pengurusan berhak dan berkuasa memberhentikan atau menggantung kanak-kank sekiranya didapati kanak-kanak atau ibubapa / penjaga gagal atau TIDAK MEMATUHI peraturan-peraturan TASKA & PUSAT JAGAAN.

²  Ibubapa / penjaga bertanggungjawab membayar kerosakkan harta benda TASKA & PUSAT JAGAAN sekiranya kerosakan tersebut disebabkan oleh anak-anak mereka.

²  Pihak pengurusan berhak menggubah, menambah dan memperbaharui peraturan-peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada ibubapa / penjaga perubahan tersebut melalui surat pekeling.



O.    CADANGAN DAN ADUAN

²  Pihak pengurusan mengalu-alukan sebarang cadangan yang memebina dari para ibubapa / penjaga bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan TASKA & PUSAT JAGAAN kami.

²  Sekiranya terdapat sebarang aduan atau kemusykilan, ibubapa / penjaga hendaklah menalifon atau berhubung terus dengan pihak pengurusan TASKA ini seperti berikut Hp: 017-8431398 / Talian pejabat: 07-3642058 (TMQ) / 011-24214215 (PMQ).


              E-mail: taskamutiaraqaseh313@yahoo.com.my | Tel Pejabat:07-3642058 |  Hp:017-8431398

Tiada ulasan:

Catat Ulasan